Sejarah common law Common_law

Common law berasal daripada sistem adversarial mahkamah yang diamalkan di England dari keputusan-keputusan perbicaraan yang didasarkan tradisi, adat dan duluan. Institusi-institusi perundangan dan budaya ini serupa dengan yang wujud secara bersejarah di benua Eropah dan masyarakat lain dimana duluan dan adat telah pada satu masanya memainkan peranan yang penting dalam sistem kehakiman, termasuk undang-undang Jermanik yang direkod dalam sejarah Rome Purba. Jenis logik yang digunapakai dalam common law dikenali sebagai safsatah atau logik berdasarkan kes. Common law yang diaplikasi pada kes sivil (yang berlawanan dengan kes jenayah diwujudkan sebagai cara untuk memberi peluang kepada mereka yang menderita disebabkan kerosakan kepada harta benda mereka untuk menuntuk ganti rugi. Bentuk-bentuk common law ini dipanggil undang-undang Tort dengan klasifikasi Tort yang sengaja dilakukan (seperti pencerobohan) dan yang tidak sengaja dilakukan (seperti kecuaian). Undang-undang untuk meregulasi kontrak juga berasal daripada common law. Prosidur yang dipanggil sistem adversarial juga berpunca daripada common law.

Sebelum stabiliti yang berinstitusi dikenakan keatas England oleh Penjajah William pada tahun 1066, penduduk Inggeris seperti yang lainnya diperintah oleh adat-adat tempatan yang berubah daripada satu komuniti ke satu komuniti yang lainnya. Pula itu, perintahan seringkali dikuatkuasakan mengikut kesukaan sendiri. Sebagai contoh, mahkamah secara amnya terdiri daripada himpunan beramai-ramai penduduk yang menimbang tuntutan-tuntutan yang berkonflik dalam satu kes dan, jika tiada kata sepakat, akan memandatkan satu "ujian" untuk menentukan kebenaran sesuatu pihak, umpamanya dengan memegang keluli yang sedang panas atau mengambil satu batu daripada satu periuk aih yang sedang mendidih (perbicaraan ujian kepahitan). Jika luka yang alami defenden pulih pada satu tempoh yang ditetapkan, dia akan dilepaskan sebagai tidak bersalah; dan jika tidak, hukuman mati sering menjadi ikutan.

Pada tahun 1154, Henry II menjadi raja Plantagenet pertama. Disamping jasanya yang lain, dia telah menginstitusikan common law dengan menyatukan adat-adat tempatan dibawah "apa yang selalu" menjadi amalan negara, dengan ini, kuasa pada peringkat tempatan juga dihampuskan, dan menamatkan penguatkuasaan sesuka sendiri. Sistem juri diperkenalkan semula dengan rakyat yang disumpahkan menyasat tuduhan-tuduhan sivil dan jenayah yang berasas. Para juri mencapai keputusan dengan mengadili pengetahuan am tempatan, tidak semestinya melalui pengenalan bukti, satu faktor yang berbeza apabila dibandingkan dengan sistem kehakiman sivil dan jenayah hari ini.

Penubuhan satu sistem mahkamah yang berpusat dan berkuasa oleh Henry II menyekat sedikit sebanyak kuasa yang dipegang oleh kekanunan mahkamah gereja, dan seterusnya mewujudkan perbalahan diantara gereja dengan beliau, terutama dengan Ketua Biskop Canterbury, Thomas Becket yang memuncak dengan pembunuhan Thomas oleh konco-konco Henry. Pertelagahan diantara Gereja dan Henry pun tamat, meskipun Gereja telah mengkanunkan Thomas sebagai satu keramat.

Maka, dalam sejarah perundangan Inggeris, "undang-undang selalu" common law menjadi kuasa tertinggi di seluruh England buat beberapa abad lamanya sebelum Parlimen mendapat kuasa untuk membuat undang-undang.

Seawal kurun ke-15, ia menjadi amalan yang para litigen yang berasa tertipu oleh sistem common law akan memgemukakan satu petisyen kepada Raja sendirinya. Sebagai contoh, mereka mungkin mengemukakan argumentasi bahawa pampasan yang diberikan oleh sistem common law tidak mencukupi untuk menggantikan tindak tanduk seorang yang telah mencerobohi tanah mereka, dan mahu penceroboh berkenaan dihalau. Daripada situasi ini timbullah sistem ekuiti yang ditadbir oleh Lord Chancellor di mahkamah-mahkamah canseri. Oleh disebabkan sifatnya, ekuiti dan common law sering bercanggah dan litigasi antara kedua-duanya sering terus menerus bertahun lamanya kerana mahkamah-mahkamah common law dan ekuiti sering berlawanan sesama sendiri walaupun telah diteggakkan dalam kes Earl of Oxford pada tahun 1615 yang ekuiti akan menjadi pilihan utama. Satu contoh terkenal adalah kes fiksyen Jarndyce dan Jarndyce dalam Bleak House oleh Charles Dickens. Mahkamah common law dan ekuiti kemudiannya disatukan oleh Akta-akta Pentadbiran Keadilan 1873 dan 1875 dengan ekuiti menjadi utama dalam satu konflik diantara mereka. Dengan penjajahan British, amalan ini kemudiannya diperkenalkan di Malaysia.

Tidak semua keputusan menjadi common law. Peraturannya tidak tetap, tetapi secara amnya mahkamah akan menganggap sesetengah keputusan sebagai tidak penting, dan seterusnya tidak boleh dipakai dalam kes masa depan. Maka ketidakterbitan sesetengah keputusan menjadi cekap dalam mengurangkan beban kerja pada era sebelum zaman pengkomputeran, tetapi kini dengan pengenalan dan kebolehan komputer menyimpan keputusan semua kes, ini mungkin akan menyebabkan letupan petikan kes terdahulu di mahkamah akan datang.

Kemungkinan pengaruh undang-undang Zaman Pertengahan Islam

Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu.
Anda boleh rujuk: Laman PerbincangannyaDasar dan Garis Panduan WikipediaManual Menyunting
Rencana–rencana utama: Sharia dan Fiqh

Sesetengah para sarjana telah mengemukakan alasan bahawa beberapa fundamental institusi common law mungkin diserapkan dari insitusi undang-undang yang mirip dengan undang-undang Islam dan jurisprudens, dan diperkenalkan ke England selepas penaklukan Norman England oleh Norman, yang menakluk dan mewarisi pentadbiran undang-undang Islam Amiriah Sicily (lihat pula budaya Arab-Norman). Dalam sebuah paper 1999, sarjana undang-undang John Makdisi memberikan pembandingan di antara "kontrak diraja Inggeris dilindungi oleh tindakan hutang" dan "Aqd Islam", "assize of novel disseisin Inggeris" dan "Istihqaq Islam", dan "juri Inggeris" dan "Lafif Islam" dalam jurisprudens klasik Maliki, dan mengemukakan alasan bahawa institusi ini dikirimkan ke England oleh puak Norman,[1] "melalui perhubungan erat di antara kerajaan Norman Roger II di Sicily — memerintah ke atas pentadbiran Islam yang ditakluk — dan Henry II di England."[2] Makdisi juga mengemukakan alasan bahawa institusi undang-undang Inggeris seperti "the scholastic method Inggeris, lesen untuk mengajar," "sekolah hukum digelar sebagai Inns of Court" di England (yang mana dia menyatakan selari dengan Madrasah dalam Islam) dan "commenda Eropah" (selari dengan Qirad Islam) mungkin juga berasal dari undang-undang Islam.[1] Dia menyatakan bahawa metodologi duluan undang-undang dan pemikiran dengan analogi (Qiyas) adalah mirip dengan sistem Islam dan common law.[3] Makdisi mendakwa bahawa kemiripan dan pengaruh bercadang bahawa undang-undang Islam mungkin memberikan foundations untuk "common law sebagai keseluruhan yang berintegrasi".[1]

Para sarjana lain pula seperti Monica Gaudiosi, Gamal Moursi Badr dan A. Hudson telah mengemukakan alasan bahawa institusi amanah dan agensi Inggeris dalam common law, di mana telah diperkenalkan oleh Salibi, mungkin diserapkan dari insitusi Wakaf dan Hawala Islam yang mereka temukan sewaktu di Timur Tengah.[4][5][6] Ia ternyatanya penting, meskipun, permindahan harta ke satu tempat untuk "kegunaan" yang lain dibangunkan secara besar sebagai jawapan ke keperluaan undang-undang warisan feudal. Undang-undang amanah, terutamanya, adalah sebuah makhluk equiti, yang berasal dari jurisdiction selari Tuan Canselor untuk memutuskan hal-hal secara berdikari ke Mahkamah Diraja.